Pages

Wednesday, June 20, 2012

جيلنا (Our Generation) Jiiluna

Alhamdulillah, hari tu dekat Mesir, saya dapat jumpa dgn Ummie (nama manja), semua horang panggil dia ummie hokkay~ Wah, syoknye  dpt rasa mcm ada ramai anak, bukan sekadar anak sedarah sedaging kan, tp anak ukhuwwah islamiyyah. Anggun habis! Saya sallut!


Petangtu kami jumpa santai2 je, jumpa nak borak2 berisi, semua orang duduk atas lantai, ada yg bersimpuh, ada yg bersila, dgn gaya baju yang simple2, pastu kami pun berta'aruf lah dgn ummie yg terbang jauh dr Malaysia utk hantar anaknya belajar di mesir. Haybat! Ummie pun katalah, Ummie di perak memegang amanah utk menjaga urusan bait muslim perak.. Saya, "Ooo.., ok2, menarik!" hehe.

Salah satu perkongsian yg bg saya sangat menarik! Nak tahu happe die?? Ahah, Ummie ada kata, "Anak2 kita nanti, yg akan kita lahirkan nanti, sbnrnya mereka dah ada skrg ni, sdg bermain2 di taman2 syurga.."(waaaaaah, mata bersinar2) "Mereka sdg menunggu Allah memberi izin utk masuk ke alam rahim kita. Kalau kita nak cakap apa2 dgn mereka, mereka boleh dengar. Sbb tu kita  kena selalu doakan mereka." SO?? tunggu apa lagih? Jom doa's! keke. Ummie kata lagi, "Mereka akan happy sangat kalau kita cakap dgn mereka, sbb mereka akan rasa sangat dihargai.. seolah2 kita tak sabar2 nak jumpa mereka."

Sweeetnya, sweet tahap tujuh petala langit!

Hmm, comelkan? Lepas pd tu, saya pun cuba2lah bercakap dgn anak2 saya.. hehe.. saya bayangkan ada beberapa bidadari dan bidadara yg anggun dan bergaya.. sdg bermain2 bersama.. mereka kelihatan bahagia sgt.. Bercahayaaaa je muka. Subhanallah. Kadang2kan kalau mcm rasa penat balik kuliyah, sedih melihat masyarakat skrg dan mcm lagi2.. Saya datangkan bayangan tadi, saya kongsi dgn mereka, minta semangat mereka, pesan pd mereka jgn ulang kesalahan yg mama buat.. pastukan tiba2 hati jadi sejuuuk sangat. :') MasyaAllah.

Warkah buat semua bidadari dan bidadara mama dan papa wanna be, kekeke.. (siapakah orangnya?)

Bidadari2 dan bidadara2 yg kami sayangi dan rindui kerana Allah, inilah harapan kami utk antum,

Kami ingin melahirkan generasi al-Qur'an,
Rijal dan nisa' yang menghafal 30 juz al-Qur'an
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan pemanah
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan perenang
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan penunggang kuda
(huhu, nak buat semua ni, mama papa kena ada banyak duit kut, doakan kami murah rezki ^^)
Rijal dan nisa' yang menguasai dan mencintai bahasa arab, bahasa syurga, bahasa terindah
Rijal dan nisa' yang menguasai ilmu metematika, sains, sejarah islam dan mengaitkan semua ilmu dgn kehebatan Allah.
Rijal dan nisa' yang akan bersama-sama kami membangkitkan semula sistem khilafah islamiyyah (turki uthmaniyyah) yang telah jatuh pd tahun 1924 masihi.
Rijal dan nisa' yang sentiasa mencari redha Allah.. yg sederhana dan berjiwa tenang. ^_^

Kalau anak2 ada kemahiran2 dan minat2 tambahan, kami tak akan halang.. selagi mana ia menyumbang kepada Islam ^^

Sekian.

Ya! Cita2 yang sangat besar. huooo. Holio punye!! Persediaan perlu bermula dr sekarang wahai diri. Dengan pengukuhan tarbiyyah dzatiyyah dan kharijiyyah yg mantap.
Dan impian hossem supersaiya hini perlu diperkuatkan dan dibayangkan setiap masa dan dipanjangkan di dalam doa. InsyaAllah. [adjust2 spek sikit]




Wednesday, June 6, 2012

Terbang!


Ya, tidak lama lagi dengan izin Allah saya akan terbang pulang ke tanah air tercinta- Malaysia. Kenapa saya kata tanah air tercinta? Ada apa cintakan Malaysia? Malaysia tu bukannya negara kelahiran para anbiya' pun! Apatah lagi negara turunnya al-qur'an. Jauh sekali!

Haip2! Saya kata saya cinta Malaysia sebab saya ikut sunnah Rasulullah s.a.w hokkay! Saya bangga sebab saya cinta negara saya!!! :D [Wah! Dengan yakin saya menyatakannya] Bukankah Rasulullah s.a.w. sangat merindui tanah airnya Mekah di waktu baginda berhijrah ke madinah? Sehingga baginda menghantar mata2 untuk melihat dan mendengar khabar dari Mekah? [sweetnya ^^]

Mohon doa kalian untuk penerusan kehidupan sebagai pelajar, daie, anak, 
adik dan kakak, sahabat  serta hamba yang sejati

Kepulangan kali ini BUKAN untuk rehat2, bukan untuk memuaskan nafsu makan dengan pelbagai menu makanan malaysia (baru insaf), bukan utk berfoya2 dengan kawan-kawan lama, bukan utk berlagak- konon pelajar oversea balik bercuti musim panas, bukan untuk menukar status (sbb saya memang dh lama bertukar status), bukan untuk menghabiskan duit mak ayah, bukan untuk show off kat semua orang yang..


"Aku dah berubaaah!!!"  or bla-bla-bla
TAKDE GUNALAH HEY SEMUA TU

Tapi kepulangan kali ini adalah untuk beramal dengan teori Dakwah dan Tarbiyyah Bumi al-BannaAdalah untuk melihat samaada saya menjadi orang yang berjaya atau orang yang g-a-g-a-l dalam menguruskan time-line kehidupan saya! (selagi nyawa dikandung badan)

Allah Allah.. Gatal otak!!! Berat kut!
Beban dah terasa menghempap satu kepala 


Hambek nih ayat Chenta Allah! Memang betul2 buat saya rasa HOSSEM! 

Katakanlah, "inilah jalanku, aku dan orang2 yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak t'masuk orang2 musyrik" (yusuf 12:108)

Jom sama2 merasakan kepentingan dan kewajipan berdakwah. 
Hape benda dakwah-dakwah ni? Tak paham aku! 
Bahasa mudahnya, dakwah ni ialah mengajak orang lain untuk buat benda baik bukan buat benda tak hellok. Buleh??? 

Anggunnya bila bersama Islam! 
Bila sama-sama dapat terbang masuk sorga!!!
InsyaAllah kheir! Ayuh terus maju dengan berstyle ;) [adjust2 spek sket]










Thursday, May 31, 2012

Super Sayya Saye !


Sila jangan cemburu ye dengan entry saye. Sbb saya ada Super Sayya :D
Ahah! Entry kali ni keanggunannya agak luar biasa sedikit.
Saya rasa macam nak jiwang2 gitu. Memandangkan final exam saya pun dah nak habis, jadi akhir2 ni saya study santai2 lah sikit! Baru berstyle! Tak Gitu? Doakan kejayaan saya ye. Tadi saya baru je lepas cover satu tajuk dari kitab hadith "jenis-jenis kekufuran dan kefasikan" di restaurant [wasoyah] ala-ala KFC gitu. KFC boikot HOKKAY!!!




Ahaks.. tadi saya kata mcm nak jiwang-jiwang sikitkan? Agak2nya saya nak cakap pasal apa?

TAK LAIN DAN TAK BUKAN IANYA BERMULA DENGAN HURUF "C" DAN BERAKHIR DENGAN HURUF "A" 
(chenta)

Amboi.. Sebut pasal chenta je terbeliak mata korang eh? Nasib baik saya type tulisan chenta tu kecik je. Takpe2 saya faham. Sebab saya pun mcm tu jugek. [sila abaikan]. Aduh, lemah betul nak menulis bab2 jiwang2 cenggini, menggigil-gigil ooo tangan!!! (Byk kali saya *back space* ni.. typo  

Ye! Memang saya nak buat pengakuan yang saya sedang jatuh chenta dengan Dia.. Super Sayya saye.. Ada cerita disebalik semua ini. Cerita berdasarkan pengalaman saya. Ini CERITA BENAR OKEY! 

Agak-agak akhir bulan april, saya lupa exactly tarikhnya bila. Ah manusia memang pelupa! Malam sebelum saya ke kulyah, saya sempat menonton video clip pendek tentang pengislaman Rubben dan sekarang nama beliau ialah Abu Bakr. Ada sape2 yg pernah tgk ke?

Dalam video tu, Abu Bakr membuat perkongsian di depan ramai orang tentang bagaimana dia memeluk Islam. Sangat menarik subhanallah! Sebabnya, dia ni sebelum masuk islam memang suka baca al-quran, dan dia dah kaji al-quran sedalam2nya, dia mengkaji berkaitan bukti2 saintifik tentang fakta kejadian gunung, tentang pembentukan embrio di dlm rahim, tentang setiap bukti yang hebat tp dia memerlukan sedikit saja lagi dorongan utk tolak dia kpd Islam. Jadi dia duduk di satu tempat, dia baca al-qur'an dan dia berhenti baca. Dia pun kata, "Allah, ini lah masa nya utk saya terjun ke dalam Islam.. apa yg saya nak ialah petanda dari Kau, just a little sign, nothing huge, maybe a bolter blightly, he said more, You know, maybe the house could fall down, or something.. You know.. something just small, small for You man, You created this, common. Jadi dia menunggu di situ, menunggu utk lilin tu menyala, menyala tinggi mcm kat dalam movie. Lepas tu dia kata, Go! Dengan harapan lilin tadi akan menyala dgn api yg marak menjunam ke atas.. Dia tengok kiri kanan, kiri kanan dan subhanallah nothing absolutely happens, and he said, he was really dissapointed to be honest, so he sat there and he said, Allah, this is your chance, i'm here, i'm not going no where. Ok, i'll give You another chance, maybe You are busy, You know daytime over the other side of the world, all of the stuff going on.. maybe this time I could just leave kaabah flooring, You know something small, aah the candle.. lets forget that, I do. Where could I find that, so I dont care, just anything, so I say ok, Go! And subhanallah absolutely nothing happens.. I was really dissapointed, I was gasses. I was sitting there, thinking this is it, You know, this was my last chance, Islam.. and I really, I haven't found it. I put back the Quran, and turn back to where I was reading. Subhanallah, the very next verse, on the page, "For those of you who ask for the signs, Have you not shown for your reading.. Look around you, look at the star, look at the sun, look at water, these are the signs for people of knowledge.. Subhanallah. Rubben (Abu Bakr)

tamat kisah Brother Abu Bakr, Wuwuwu T____T  [basah baju saya]
skrg sambung cerita saya..

Esoknya saya pun pergi kulyah mcm biasa.. Tapi seingat saya luar biasa sikit kut hari tu, bukan mcm biasa. Tengah mood sedih time tu. Kesian~ Habis kulyah, saya tak terus balik rumah, room mate saya satu kulyah dgn saya, dia tanya "anti tak balik rumah?" saya kata, "em, ana nak pergi cari ketenangan" Fuhh, jawapan pendek penuh makna kut! Lepas tu, saya membawa diri ke masjid rabiatul adawiyyah. Tenang sgt kat situ. Time tu dalam pukul 1.30 pm. Saya masuk masjid, niat i'tikaf, berwudhu', solat sunat i'tikaf, baca al-qur'an (mutaba'ah biasa yg semua org akan buat bila masuk masjid). Saya ambil area hampir dgn sof depan tp dekat dengan tiang. Saya ambil al-qur'an tafsir saya dalam beg.. Lepas tu, sebelum saya buka mushaf saya, saya teringat kisah Rubben tu. Saya berdialog dlm hati, "boleh ke aku nak dapat peluang mcm Rubben tu ye? Rubben bukak2 qur'an je dapat jalan penyelesaian dr Allah melalui ayat2 chentaNya? Layak ke aku? Hmm??? Penuhnya tanda tanya!!! (?????????) (O.o)

Lepas tu saya baca bismillah dan lambat2 saya buka mushaf saya. Saya buka di bahagian hafazan saya yg saya tanda. Menyedihkan sekali, ayat2 di halamn tu semuanya bercerita tentang TALAQ. Talaq nikah. Sedihnya! Dunia macam gelap jap tiba2! Huaaa!! T___T Ye saya tahu, saya ni tak seistimewa Rubben dan yang lain. Siapalah saya. [Ayat sedih wo]

Saya pun mcm takde mood nak teruskan baca ayat tu. Tiba2 ada sorang makcik arab datang menghampiri saya. Dia kata, "Anakku, boleh tolong tasmi'kan hafazan saya?" Saya dengan sayunya dan gembiranya mengangguk-anggukkan kepala!

Tak sabar nak tahu Apa Allah nak bagi kat saya ni!!! 

Lepas tu makcik tu pun minta saya tasmi'kan dia baca surah an-naba'. Ok saya dengar. Bila dengar bacaan makcik tu sambil memerhatikan tafsirnya, Allah!!! Nak mengalir2 kut air mata saya!! Macam pili paip BOCOR kat tepi jalan uh! Dalam surah an-naba' Allah menceritakan tentang berita yang besar (hari berbangkit) yaumul qiyamah, juga menceritakan tentang sehina-hina tempat kembali yaitu neraka dan semulia-mulia tempat kembali yaitu sorgaNya. Habis makcik baca surah an-naba' makcik kata, "boleh tak anakanda sambung tasmi' makcik baca surah an-nazi'at?" Saya dengan perasaan penuh tandus, dalam keadaan iman yg sgt dahagakan sentuhanNya, terus je angguk2kan lagi kepala, mcm kena sihir, mata tak berkelip, saya jawab "boleh makcik, boleh, baca, bacalah" Allah.. lagi sekali rasa nak meraung2!!! Dalam surah an-nazi'at sekali lagi Allah menceritakan tentang hari berbangkit, tentang malaikat pencabut nyawa.. dengan keras dan lembut, tentang penciptaan2 Allah, langit yg tinggi, malam yg gelap, siang yang terang, bumi yg terdampar, darinya Dia pancarkan mata air, dan ditumbuhkan tumbuh-tumbuhan, gunung2 yg teguh terpacak.. dan neraka buat mereka yang melampaui batas, yang lebih mengutamakan kehidupan dunia. Dan sorga buat meraka yang takut kpd kebesaran Tuhan-nya dan menahan diri dari (keinginan hawa nafsunya). Akhirnya Allah berpesan kpd (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan  bagi siapa yg takut kepada hari berbangkit. 

Nikmat apakah ini? Oh Allah Super Sayya saye!!!

Lepas tu makcik tu bagi saya sehelai kertas yg penuh dgn zikir. Saya tak perhatikan betul2 zikir tu sbb saya fikir tu mcm ayat2 zikir dalam ma'thurat. Yang dah biasa dihadam setiap hari. Takdir Allah, pada 26 mei lepas saya terjumpa semula kertas tu dlm buku nota saya.. Allahu Allah.. Subhanallah. Baru saya perasan apa isi kertas tu. Tahu tentang apa? Semuanya tentang peringatan sebelum kita melakukan maksiah. Ada 22 semuanya.. Saya sebutkan lima dulu ye.. Makcik ni tulis sendiri saya rasa. Memang tulisan tangan.



1. Sebelum melakukan maksiah ingatlah sesungguhnya Allah sedang mendengar kau dan melihat kau dimanapun kau berada.

2. Sebelum melakukan maksiah ingatlah sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yg menulis setiap kata2 kau dan perbuatan2 kau.

3. Sebelum melakukan maksiah ingatlah sesungguhnya maksiah lah yang telah mengeluarkan adam dan hawa drpd sorga.

4. Sebelum melakukan maksiah ingatlah sesungguhnya setiap maksiah adalah kegelapan di atas kegelapan.

5. Sebelum melakukan maksiah ingatlah sesungguhnya setiap maksiah adalah penyebab kepada azab Allah terhadap hamba2Nya dan penyebab hilangnya nikmat ke atas mereka.

Fuooo.. Naik bulu roma bila baca.. Tak sanggup nak teruskan menaip sampai ke nombor dua puluh dua.
Selamat beramal dgn yg lima ini dulu! Balasan Sorga utk makcik tu. Amin.



suasana di dalam masjid rabiatul adawiyyah


Ibroh utk saya, betul lahkan.. Hidup di dunia ni penuh dgn maksiah. Sebab tu kadang2 kita kena asingkan sekejap diri kita, spend kan masa "just me and You"!!! Waaa~ Sweetnya. Ibroh ke dua, "Tarbiyyah kat Bumi al-Banna memang terbaik dari ladang!

Ya! Bercampur dgn manusia terkadang mematikan hati. HEY tapi jangan over pulak mengambil kata2 saya ni! Kita kena jadi ummat pertengahan.. Baru anggun dan berstyle mcm saya. [adjust2 spek] Bersederhana dalam setiap hal hokkeh! Islam Wasotiah. Wah!




Tuesday, May 29, 2012

I'm BACK after two years! [evil face]

Ahah!
Nampaknya saya kembali lagi ke dunia blogger [buat muka mcm terkejut sikit]

Tapi kali ni saya muncul dgn gaya yang berbeza, link blog yg berbeza, pengenalan diri yg lebih anggun. Yah.. template saya pun nampak mcm lain kan? Baru tukar template tadi.

Saya akan usahakan agar penyampaian saya kali ini lebih santai dan terbuka untuk semua level. Waaah~ Mesra alamnya saya. And I'll have my own style and my own trick. [adjust spek sikit]

Last saya update blog saya.. bulan september 2010. Dah lama kut.. Time tu tgh skema lg. Baru sampai mesir, baru dapat kawan baru, baru nak belajar cakap arab, menangis je kerja tiap malam. Home sick.

Jadi cerita sebenarnya, saya dah lupa password blog saya. Tapi saya cuba dgn gigihnya untuk pecah code number. Akhirnya dapat.. Semalam saya buat kerja.. 28 Mei 2012.

Ok. So, semoga saya kembali istiqamah dlm menulis blog!