Ya, tidak lama lagi dengan izin Allah saya akan terbang pulang ke tanah air tercinta- Malaysia. Kenapa saya kata tanah air tercinta? Ada apa cintakan Malaysia? Malaysia tu bukannya negara kelahiran para anbiya' pun! Apatah lagi negara turunnya al-qur'an. Jauh sekali!
Haip2! Saya kata saya cinta Malaysia sebab saya ikut sunnah Rasulullah s.a.w hokkay! Saya bangga sebab saya cinta negara saya!!! :D [Wah! Dengan yakin saya menyatakannya] Bukankah Rasulullah s.a.w. sangat merindui tanah airnya Mekah di waktu baginda berhijrah ke madinah? Sehingga baginda menghantar mata2 untuk melihat dan mendengar khabar dari Mekah? [sweetnya ^^]
Mohon doa kalian untuk penerusan kehidupan sebagai pelajar, daie, anak,
adik dan kakak, sahabat serta hamba yang sejati
Kepulangan kali ini BUKAN untuk rehat2, bukan untuk memuaskan nafsu makan dengan pelbagai menu makanan malaysia (baru insaf), bukan utk berfoya2 dengan kawan-kawan lama, bukan utk berlagak- konon pelajar oversea balik bercuti musim panas, bukan untuk menukar status (sbb saya memang dh lama bertukar status), bukan untuk menghabiskan duit mak ayah, bukan untuk show off kat semua orang yang..
"Aku dah berubaaah!!!" or bla-bla-bla
TAKDE GUNALAH HEY SEMUA TU
Tapi kepulangan kali ini adalah untuk beramal dengan teori Dakwah dan Tarbiyyah Bumi al-Banna. Adalah untuk melihat samaada saya menjadi orang yang berjaya atau orang yang g-a-g-a-l dalam menguruskan time-line kehidupan saya! (selagi nyawa dikandung badan)
Allah Allah.. Gatal otak!!! Berat kut!
Beban dah terasa menghempap satu kepala
Hambek nih ayat Chenta Allah! Memang betul2 buat saya rasa HOSSEM!
Katakanlah, "inilah jalanku, aku dan orang2 yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak t'masuk orang2 musyrik" (yusuf 12:108)
Jom sama2 merasakan kepentingan dan kewajipan berdakwah.
Hape benda dakwah-dakwah ni? Tak paham aku!
Bahasa mudahnya, dakwah ni ialah mengajak orang lain untuk buat benda baik bukan buat benda tak hellok. Buleh???
Anggunnya bila bersama Islam!
Bila sama-sama dapat terbang masuk sorga!!!
InsyaAllah kheir! Ayuh terus maju dengan berstyle ;) [adjust2 spek sket]
1 comment:
oh,kami-sama.. *tgh tahan diri drpd gigit budak kiut miut comel lote ituuu*
good luck di medan sebenar, buktikan qudwah kita kepada masyarakat.
Post a Comment