Pages

Wednesday, June 20, 2012

جيلنا (Our Generation) Jiiluna

Alhamdulillah, hari tu dekat Mesir, saya dapat jumpa dgn Ummie (nama manja), semua horang panggil dia ummie hokkay~ Wah, syoknye  dpt rasa mcm ada ramai anak, bukan sekadar anak sedarah sedaging kan, tp anak ukhuwwah islamiyyah. Anggun habis! Saya sallut!


Petangtu kami jumpa santai2 je, jumpa nak borak2 berisi, semua orang duduk atas lantai, ada yg bersimpuh, ada yg bersila, dgn gaya baju yang simple2, pastu kami pun berta'aruf lah dgn ummie yg terbang jauh dr Malaysia utk hantar anaknya belajar di mesir. Haybat! Ummie pun katalah, Ummie di perak memegang amanah utk menjaga urusan bait muslim perak.. Saya, "Ooo.., ok2, menarik!" hehe.

Salah satu perkongsian yg bg saya sangat menarik! Nak tahu happe die?? Ahah, Ummie ada kata, "Anak2 kita nanti, yg akan kita lahirkan nanti, sbnrnya mereka dah ada skrg ni, sdg bermain2 di taman2 syurga.."(waaaaaah, mata bersinar2) "Mereka sdg menunggu Allah memberi izin utk masuk ke alam rahim kita. Kalau kita nak cakap apa2 dgn mereka, mereka boleh dengar. Sbb tu kita  kena selalu doakan mereka." SO?? tunggu apa lagih? Jom doa's! keke. Ummie kata lagi, "Mereka akan happy sangat kalau kita cakap dgn mereka, sbb mereka akan rasa sangat dihargai.. seolah2 kita tak sabar2 nak jumpa mereka."

Sweeetnya, sweet tahap tujuh petala langit!

Hmm, comelkan? Lepas pd tu, saya pun cuba2lah bercakap dgn anak2 saya.. hehe.. saya bayangkan ada beberapa bidadari dan bidadara yg anggun dan bergaya.. sdg bermain2 bersama.. mereka kelihatan bahagia sgt.. Bercahayaaaa je muka. Subhanallah. Kadang2kan kalau mcm rasa penat balik kuliyah, sedih melihat masyarakat skrg dan mcm lagi2.. Saya datangkan bayangan tadi, saya kongsi dgn mereka, minta semangat mereka, pesan pd mereka jgn ulang kesalahan yg mama buat.. pastukan tiba2 hati jadi sejuuuk sangat. :') MasyaAllah.

Warkah buat semua bidadari dan bidadara mama dan papa wanna be, kekeke.. (siapakah orangnya?)

Bidadari2 dan bidadara2 yg kami sayangi dan rindui kerana Allah, inilah harapan kami utk antum,

Kami ingin melahirkan generasi al-Qur'an,
Rijal dan nisa' yang menghafal 30 juz al-Qur'an
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan pemanah
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan perenang
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan penunggang kuda
(huhu, nak buat semua ni, mama papa kena ada banyak duit kut, doakan kami murah rezki ^^)
Rijal dan nisa' yang menguasai dan mencintai bahasa arab, bahasa syurga, bahasa terindah
Rijal dan nisa' yang menguasai ilmu metematika, sains, sejarah islam dan mengaitkan semua ilmu dgn kehebatan Allah.
Rijal dan nisa' yang akan bersama-sama kami membangkitkan semula sistem khilafah islamiyyah (turki uthmaniyyah) yang telah jatuh pd tahun 1924 masihi.
Rijal dan nisa' yang sentiasa mencari redha Allah.. yg sederhana dan berjiwa tenang. ^_^

Kalau anak2 ada kemahiran2 dan minat2 tambahan, kami tak akan halang.. selagi mana ia menyumbang kepada Islam ^^

Sekian.

Ya! Cita2 yang sangat besar. huooo. Holio punye!! Persediaan perlu bermula dr sekarang wahai diri. Dengan pengukuhan tarbiyyah dzatiyyah dan kharijiyyah yg mantap.
Dan impian hossem supersaiya hini perlu diperkuatkan dan dibayangkan setiap masa dan dipanjangkan di dalam doa. InsyaAllah. [adjust2 spek sikit]




4 comments:

YaYa said...

hehe..

"baby,baby.. nnti jd lebih baik dan haibat dr ummi ye?" (sambil sapu perut)

Mae said...

ececeh mesti tersengih smpai ke telinga je....ank2 kita dh tunggu kat sorga eh? wahhh ~ semoga mama humai dpt mendidik ank2 m'jd rijal & nisa' haybat yg diimpikan...biizniLLah :)

Syauqani said...

salam, ukhti...nama sy syaufiq, sy pelajar uiam...sy bce post saudari ada buat program di kg rudan...insyallah pd 2-8sept ni kami nk wat program ke kg rudan melalui urusetia saudara kita...cumanya nk tanye, dulu bwh program saudari ni siapa yg incharge ye?

Petualang said...

#yaya: Amiin Ya Rabb
#KhalifaturRahman: Amiin Ya Rabb
#Syauqani: W'salam wm wb. Maaf lambat sgt reply. Tahniah dh berjaya ke Rudan! Dulu, program kami under Sekolah Musleh. Antaranya,Sekolah Al-Amin, Hira', Hidayah etc