Pages

Thursday, July 1, 2010

Bila diserang



Bismillahirrahmanirrahim

Diserang apa ye? Haa, dengarkan pantun saya ni dulu..

Saya tak suka makan ikan,
Sebab ikan tiada alis,
Saya juga dapat rasakan,
Yang sudah lama saya tidak menulis.

Hehehe, dah mengarut....
Apapun, Alhamdulillah dapat kongsi cerita baru hari ni, setelah sekian lama menyepi, sebab betul2 tiada idea nak tulis pasal apa...dan Alhamdulillah boleh kembali menulis setelah ‘ia’ reda....

Pada 1 Julai, dah siap solat subuh, tiba2 rasa letih sangat, maka terlantarlah saya di atas sebuah katil. Bila dah ada atas katil memang confirm mata akan terlelap. Dalam 10 minit jg tertidur, tiba2 adik saya Marsha datang kejutkan saya, dia nak bincang dengan saya cara2 nak susun aturkan progam AMT dia tu. Nasib baik mudah je bangun sebab dah janji ngan Marsha semalam, lepas subuh nak tolong dia buat kerja tu terus... Sewaktu berbincang,

Saya: Marsha kenapa kepala Kek Ra sakit sangat ni, ya Allah beratnya...camna ni Sya, takpe2 kita sambung lagi. Ok, kita nak susun camna ni?
Marsha:Klu ikut AMT tahun lepas, korang buat sukan terus utk hari kedua tu...
Saya: Oh, ha’ah, ok jugak. Awak buat camtu jugaklah...Ok je.

Kedengaran suara umi memanggil2 nama Marsha, suruh masuk kereta cepat sikit sebab ayah dah nak masuk kereta...Byk juga yg sempat kami bincang, lebih dari 5 perkara..Saya pun ikut dia pergi depan sekali...Marsha stop kat meja makan jap, sbb tak sempat breakfast lagi. Dean pun ada kat situ jugak, waktu tu kondisi kepala sy semakin kronik, hanya sy yg dpt rasakan, tak th nak bygkan mcm mana sakitnya kepala sy time tu,  sy pun bg taulah Dean.

Saya:Dean, Kek Ra tak taulah Dean kepala ni sakit sangat ni!
Dean:Ha, makan je ubat yg Dean beli hari tu, sembuh terus!
Saya: Ye ke Dean?
Dean: Ye... Kek Ra rasa macam berat tak kepala tu? Berdenyut2 tak?
Saya: Ha’ah.
Dean:Ce pusing kepala camni...rasa sakit tak?(Sambil memusingkan kepalanya dari kanan ke kiri, dan dr kanan ke kiri dgn laju).
Saya: Tak sakit pulak...Dean, kat mana ubat tu...tlg ambilkanlah.
Dean pun pergilah cari, lepastu dia kata, tak de pun, ubat tu dah hilang!Saya terkejutlah, hah hilang, kenapa hilang pulaknya, cuba cari betul2, Kek Ra p’lukan ubat tu sangat2 ni...Dean cubalah cari lagi, tp memang tak jumpa...Nampaknya dah lewat, jd mereka pun kenalah masuk kereta dan pergi sek.

Di rumah, saya menderita seorang diri apabila kepala dah semakin parah. Selalunya klu jd camni, lepas tidur I'll feel better. Tp Ya Allah, memang susah betul nak boleh ke tidur tu, sbb kesakitan tu
m’halang sy utk tidur. Ia menguasai seluruh diri saya. Ok, 1st sekali, cuba jugak tidur kat bilik belakang, dah baring tp gelisah habis, memang x boleh nak tutup mata. Tangan terus urut kepala, biar reda.. tp x jugak. Saya pun b’gerak laju ke depan(time ni dah takleh nak tahan sakit, dah macam org gila), pergi bilik umi ngan ayah, ambil minyak then sapu kat kepala...dan letak sikit kat hidung.
Baring kat sofa depan pulak. Tapi tak lama, sebab sy memang xleh stand dah dgn kesakitan tu.
Terus call ayah,

Saya: Ayah, mera sakit kepala sangat ni....
Ayah:Eh, takkan ayah nak balik rumah terus, baru nak sampai sekolah ni...
Memangpun, perjalanan ke sek makan masa 15 minit... campur jam pagi ada gak dalam 25 minit...Kesian jugak kat ayah nak kena u turn balik...Ayah kata awak makan panadol dulu.
Nasib baik sy ada spare panadol dalam handbag, beli time LKD. Sebab kat LKD hari tupun sakit lbh kurang camni gak, tp yg tu dia serang perut sekali.
Sblm tu sy dah breakfast roti celup beefsteak dan minum susu. Then, telan panadol.
Lepas beberapa minit, tekak rasa loya yg amat, masuk bilik air terus vomit. Vomit tu memang sakit, tp lepas tu ingatkan bolehlah rasa lega sikit...sekurang2ny racun dlm badan dah keluar sekalikan. Tp tak rupanya, kepala masih sakit. Kaki dah tak larat nak gerak dah, nak baringpun tak boleh, nanti bertambah lagi sakitnya. Arghhhh!!!! SEmuanya serba tak kena! Sayapun duduk dekat beranda ambil angin pagi, lepastu masuk balik rumah, duk kat bilik Marsha, ke hulu ke hilir kat ruang tamu....baca al-qur'an jap, tp tak tahan jugak...Ya Allah sakitnya ya Allah, perit ya Allah, sy t’paksa b’doa agar Allah sembuhkan sy secepat mungkin. Sy tahu Allah bg kita sakit sbb nak hapuskan dosa2 kita dan nak bg kita pahala. Tp memang dah tak boleh nak tahan, sakit sangat, sampaikan masa tu saya t’fikir utk dapatkan ubat tidur, ataupun injection dadah(ubat kuat yg boleh buat org tidur) supaya sy tak sedarkan diri. Sy tak nak rasa kesakitan tu. Memang tak tahan! Saya terus menangis....Astgfrlhal’azim. Sampai macam tu sekali. Bila sy dah sembuh ni, sy cuba ingat balik apa yg berlaku time tu, sy sendiri tak sangka yg sy sampai ke tahap nak dapatkan injection uh. Dahsyat sungguh! Tp, manalah nak dapat injection tukan, nak p’gi farmasipun kereta takda, ni bukan rumah doctor pun ada supply benda2 tu..Mujur... Klu tak, tak tahulah.

Tulahkan, bila kita dah sakit, macam2 kita s’gup buat utk recover balik. Dan kadang2 ada yg di luar kesedaran kita. Hari sebelum tu, saya sihat wal afiat je, tp bila Allah dah kata “jadi” maka terjadilah ia dgn sendirinya.

Alhamdulillah, selepas vomit buat kali keempatnya, akhirnya saya dapat tidur dgn lena, tidur lena kat mana? Kat sofa depan... Kesian jugak bila difikirkan balik. Time tidur, saya dikejutkan dgn bunyi telefon bimbit, phone tu sy letak kat atas meja kaca, betul2 dpn sy. Just in case ada kecemasan ke, senanglah nak dicapai. Tp. Bayangkan time tu, saya nak angkat tangan nak ambil h/p pun tak larat... Memang tak boleh nak ambil phone tu. Saya cuba tp gagal. Beberapa saat kemudian tel tu b’henti b’diring. Sy kata, takpelah rasanya ayah yg call...Sy rasa lega jugak, sbb bunyi tu dah x ganggu sy lagi, memang dr pagi s’pai ke petang sy elakkan diri sy dari tgk tv, tgk screen comp. dan dgr muzik. Klu tak sy rs macam nak vomit lagi.

Dalam pukul 11.45 ayah call, syukur, tangan dah boleh gerak, ayah tanya ok ke tak? Saya kata, ok, Humaira’ dah boleh tidur. Dah makan panadol tadi. Tamat sampai situ. Tiba2 dapat message dr ayah, message forwarded by ayah from Mlmh. Azlinda” Td, saya call Humaira’ tp tak berjawab, adik2 usrah dia ada buat jamuan. Deorang nak sangatlah kakak deorang tu ade sekali”
Eh, td... yg call tu....
Saya tgk list missed call, Ya Allah, Mlmh Azlinda yg call tadi...Time sy tgk phone tu, dah pukul 12 something, tangan dah kuat sikit nak bergerak. Cuba reply message ayah, bila tekan send, tgk2 aduh, kredit dah habis.. Huuuu....huu....sedihnya, nak call gn phone rumah, tak larat lg nak bangun, takpelah, biar jelah, insyaAllah mereka akan faham. Maaf adik2 semua. Akak terpaksa. Memang x kuat pun nak p’gi  jamuan tu. Sekali lagi maaf. Lain kali pulak ye, insyaAllah~

Sy tidur sampai pukul 2 petang. Kuatkan diri utk solat zohor dan solat sunat rawatib.  Hamdallah badan rasa bertenaga sikit lepas zohor.
Tp selera makan xde lagi, dr pkul 8 sampai pkul4 petang sy tak makan apa2pun. Pkul 4 s’thing  baru rasa nak makan, tp tu pun makan buah epal je...dah lama tu, br makan beef steak yg dah dipanaskan.
Jam 5, semua dah ada rumah kecuali Dean, dia ada qiam kat sek so dia kn stay kat sanalah...Ayah bg tau umi pasal sy sakit, umi kata “umi bawak awk gi bekam kepala ek?” Saya taknaklah, agak mengejut, takutlah umi...”

Malam hari, kepala masih berdenyut2, sbnrnya dah lama jugak tak pakai glasses, jd malam tu, sy start pakai glasses bila nak buka notebook (mini computer) kejap je buka, lps tu join deorg tgk tv. Masih pakai kaca mata. Dan malam tu saya tidur agak lewat sbb dah byk tidur siang tadi. Akhirnya dalam pukul 12 lebih baru boleh tidur. Dan sy tidur pun pakai glasses jugak! Memang tahap kroniklah ni, tak pernah lg sy tidur pakai glasses. Sebab mata sy rasa relax sikit bila pakai glasses ni, sampailah sekarang, saya men’type’nipun pakai glasses jugak!
One of the sleep-glasses cases

Waktu saya 8 tahun, sy p’nah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya  yg tragis, sy telah dimasukkan ke ICU Hospital Selayang, lps pada kemalangan tu symptom sakit kepala sudah bermula. Lama jg ia dibiarkan, sehinngalah saya 11 tahun. Akhirnya kami berjumpa dgn pakar mata di Kuala Terengganu, Dr. Azman Ab. Aziz. Selepas mata diperiksa katanya, anak mata sblh kana saya berfungsi dgn baik, tetapi anak mata sebelah kiri saya tidak membesar. Ia berfungsi seperti mana mata seorang kanak2 yg berusia 8 tahun. Then, slps dia tahu t’tang kemalangan yg p’nah b’laku, katanya,”dia terhantuk kuat,itu yg menyebabkan, urat mata dgn urat kepala dia sentiasa ‘bergaduh’ jd sbb tu kepala dia selalu sakit, urat2 tersebut telah menegangkan saraf2 pada kepalanya sekaligus m’ganggu sistem mata dan kepala.
Doc titiskan satu ubat ke dalam mata saya, dia nak tgk sama ada resultnya nanti, mata kanan ikut mata kiri atau sebaliknya... Dan akhirnya, doc kata,” mata kanan dia ikut mata kiri, jd dua2 rabun, dan perlu pakai glasses” Itulah kisahnya.

Esoknya, 6 April 2003 kami ke Optometris Sanadi SDN BHD, dan buat spec kat situ. Saya masih simpan lagi kad dia, tu yang ingat tarikh tu..hihi. Jd, pada darjah 5lah saya mula bergelar si budak perempuan berkaca mata.

10 comments:

Khaleefah Allah ^_^ said...

moga cpt sembuh ^^

s.F.a said...

huhu.. siannye kat nti! sakit sgt ke? ana igt agi mse PINTAR3 tyme pgi tu.. wawa~ ana tkot nak tgur nti.. sbb nti skit kan.. igt x? pagi yg nti nk g toilet tu.. huu

Petualang said...

to Khaleefah Allah,
Syukron atas doanya...Ana dah ok, tu yg dapat buat post ni... Tp time buat post ni pun, masih b'denyut2 lagi kepala...Time ana balas komen ni, alhamdulillah, dah pun sihat!

Petualang said...

To s.F.a
Ye ukhti, amat sakit!!! Benda ni x leh nak diterjamahkan menerusi penulisan ukhti. Ana bukannya hebat sangat menulis...^_^Oh, pagi PINTAR tu! Ana ingat..Yg tu pun seksa sangat! Tp. yg kali ni lagi sakit! Ana perasankan benda ni selalu serang ana time pagi2 au. Ada sape2 yg tahu penawarnya~ Klu boleh ana tak nak benda ni berlanjutan. Bayangkan, bila ana kat Mesir nanti, sorang2, sape nak tolong ana? Klu blh ana nak recover 100%. Sesiapa shj dibenarkan utk memberi cadangan! Mohon dgn sangat!

A fren said...

I cadangkan u try reflexology. Bagus jugak tu. Satu lagi, cuba jugaklah inaikan rambut... InsyaAllah blhlah kurangkan sikit sakit u. Berinai ni selain sunnah, boleh jg jadi ubat. Cubalah dulu, klu tak cuba tak tahu.
Ok, semoga cepat sembuh ye.

Petualang said...

To A Fren
Ok, insyaAllah saya akan cuba.
Yang reflxlgy tu saya baru buat, kebetulan pulakkan? Hihi, terima kasih ya. ^_~ Boleh tahan jugak charge buat reflexology uh, nasib baik dapat diskaun 50%, sebab yg buat tu nenek sedara saya. Best2, puas hati. Hm, saya ingatkan nak cuba jugak bekam kepala, nenek sedara kata itu salah satu sunnah nabi, dia boleh tlg buatkan, tp next timelah... InsyaAllah... Moga itu antara yg terbaik!

Wafa' zulfah said...

salam'alaik..

"Azhibil ba'sa rabbannaas..
Wasyfi Anta syaafi..la syifaa illa syifaauka,syifaa-an la yughadiru saqoma.."

Ukhti,ana ada tanya ayah ana selaku penuntut dan pengamal perubatan Islam,katanya..

Baca ayat 19 surah al-waqiah, tiup kat tangan,sapu dkt kepala..

Tadi ana belek2 buku ust Haron Din, tulisnya:
Baca kombinasi doa2 berikut;
*Surah al-Fatihah
*selawat syifa'
*Baca 7 kali ayat 19 surah al-Waqiah diikuti doa dgn "Allahummarham jildahurroqiiq, wa 'azmahuddaqiiq, wa 'irqotussoghiir, min syiddatil hariiq, ya umma mildam, in kunti aamanti billaahil 'azim, fala tusoddi'il ro'sa, wala tutinil fama, wala tasyrabid dama,wala tahawwali 'anhu illa manittakhaza ma'allahi ilaahan aakhar."
*Doa demam panas: "Bismillahilkabiir, a'uzubillahil 'azim min syarri kulli 'irqin nak'ar, wa min syarri harrin naar"

Wallahua'lam..boleh ikhtiar guna doa2 ni..moga2 Allah memberi kesembuhan padamu..

p/s:maaf x dapat tulis doa dlm bahasa arab..

Anonymous said...

hmmm... wawa~ sme je ngan ana.. mnde nie suka sgt serang time pagi2.. menyampah kot.. rse malas nak bgn je.. sakit sgt!! ana ad migrain sbnrnye.. huhu.. klu time stress skit sgt.. mcm nak pecah kpale.... insyaAllah, 6t ana tny mak ana.. nti xmakan ubat ke? huhu... -s.F.a

Petualang said...

To Wafa' Zulfah
Syukran ukhti, jazakillah~
Semoga Allah memurahkan rezekimu.
Terima kasih banyak2, ana akan cuba amalkan doa2 tersebut~ Nti doakan utk ana sekali ye.
By the way, ana dah tahu sape nti...
^_^

Petualang said...

To s.F.a
Syukran. Hm, tulah~ Nti, bacalah komen2 yg ada kat post ni, insyaAllah boleh bantu kita dan sesiapa yg seperi kita.