Pages

Monday, July 12, 2010

Saya budak baru belajar~ Ehhehe

11 Julai, sempat ke sekolah Al-Amin, sebab ada buat temu janji dengan Muallimah Hayati. So, janji utk bertemu mesti  ditepati, hihi... Nak bertemu2 janji ni bukan apa, tp, yelahkan..nak mintak tunjuk ajarlah sikit daripada mahasiswi lepasan al-azhar, serba sedikit berkenaan kehidupan di sana. Sementara waktu masih ada. Sepatutnya, temu janji start pagi, tapi kena gotong-royong dulu...Tolong adik2 f4 bersihkan sisa2 kawasan kenduri yg masih belum selesai dibereskan. Aduh, sempat jugaklah kepala ni pening time kutip sampah kat padang sekolah uh! Panas terik kut. Hm, lepas dah rehat beberapa minit (sambil2 tu alas perut dengan bakso dua ringgit plus telan ubat pil). Kira2 pukul 11 kami mulakan sesi penurunan ilmu dr senpai(mlmh hayati) kpd juniornya(ana)....hihi.

Banyak yg dikongsikan mlmh, antaranya:

M.Hayati: Klu pergi sana, ada dua benda je, sama ada awak jd nabi musa atau firaun.
Haa...jgn pergi sana nak menyetan pulak!

Ana:Ooo...

M.Hayati:Kat sana nanti semuanya muda2, sebaya2 awak jelah, nanti ramailah org yg nak ajak kita ke sanalah ke sinilah, awak lebih baik ikut grup nilah, ikut grup tulah, haa macam2lah, tp terpulanglah kat awak, nak ikut yg mana, sebab semua tu sama umur je ngan awak.

Ana: (Tergelak). Sebab macam kelakar je keadaan tu. Tapi berdebar jugak rasanya.

Ana:Mlmh, masa mlmh pergi mesir tu, umur mlmh berapa?

M.Hayati:Mlmh masa tu 21 tahun.

Ana:Hah, ana lagi mudalah dr mlmh. Hee, takutlah pulak.

Mlmh Rosmawati dr awal khusyuk mendengar perbualan kami berdua. Kadang2 ada jugak menyelah.

Ada jugak mlmh cerita pasal PEMERAM dan ALAMI.

Hei, macam2 cerita pasal dua grup ni. Tp xleh cerita kat sini kut. Ada unsur2 politik sikit. Ehhehe

Ana:Mlmh, kat sana ada nasi tak?

M.Hayati: Ada. Zaman mlmh dulu, 10kilo RM30.

Ana: Macam mahal...(mahal ke tak, mahal ke tak ni? Hei, mahal ni, mana ada beras kat M'sia harga gitu, hm, betul2, memang mahal) Lama pulak aku duk mikir pasal harga beras ni.

Mlmh Rosmawati, terperanjat dgr harga beras semahal tu! Dahsyat2.

M.Hayati: Klu nak yg murah ada, beras kat sanalah, mesir punya, beras pulut. Tp beras pulut ni cepat muak.

Ana:Ha'ah...

Banyak yg mlmh cerita tp semuanya benda yg berlaku pd 10 tahun lepas. Mlmh kata mesti dah banyak benda yg berubah. Cuma mlmh ada kata:

M.Hayati:Klu boleh elakkanlah naik teksi, kuat menipu org bawak teksi tu...

Ana: Ok.

M.Hayati: Perginya nanti utk belajar jelah, awak takyah fikir benda lain lagi, nanti susah. Ada kawan mlmh tu, bercouple kat sana, sampai terlanjur pun ada. Deorg dah mula menyetan lahtu... Geram betul mlmh, sampai sekarang x jumpa2 dah!

M.Hayati: Mlmh dulu sempat gak menyetan, mula tahun kedua, mlmh keluar malam ngan kawan2 pergi makan kat KFC pukul 2 pagi. Pergi funfairlah, pergi taman temalah...Macam2lah....Mengarut betullah. Dahtu, musim tu patutnya org balik kg. tp  kiteorg ni stay kat sana, bosankan...haa buatlah macam2.
Ada sekali tu kawan mlmh ajak mlmh pergi Jordan, kita ni jenis hok ngikut, kita ikut jelah...12 hari kat sana.
Mak kau, punyalah besar sara hidup kat jordan. 1 dollar sama dgn 75 sen M'sia. Klu kat Mesir,100 dollar sama dgn 348 pound duit Mesir.

Ini 10 tahun yg dulu. Sekarang, lagi dasat kut!
Ana ni seronoklah haa duk mendengar kisah lama mlmh. Aduh kelakar betul.

M.Hayati: Tp tahun keempat tu, mlmh dah tak tahan hidup camtu, mlmh pun bertobatlah. Tak mboh doh buat  gitu... Nok belajo sungguh!Setahun sekali je exam. Exam, dia buat masa musim panas. Aduh... Sebulan tempoh exam. 30 hari tu, memang tak cakap melayu! Cakap arab je. Jadi org arablah kitanya... Kiteorg kat rumah negeri makan dalam dulang. Klu time exam, makan sikit je, pastu tak cakap mende pun, klu cakap pun, sekadar tanya, " awak periksa bila?" Ha, tu jelah. Lepastu berkurung dalam bilik masing2.

Ana: Mlmh klu satu bilik tu sorang2 ke kongsi?

M.Hayati:Satu bilik kongsi dua org.

Ana:Ooo

Banyak lagilah....hehe~ Tanya jugak pasal pemakaian. Mlmh kata, kalau dulu kami pakai jubah jelah. Bj kurung pakai dalam rumah je. Sbb dulu, pakai bj kurung pun jd fitnah.

Ana: Haaaaaaaaaaaaaaaah. Amatx100 terkejut!
Kejutan budaya ni. Aduh teruknya klu mcm tu.

M.Hayati: Sekarang ni dah boleh, tp apa2 pun nanti awak tgklah zuruf dia. Ikut kesesuaianlah.

Ana:Oh, ok. InsyaAllah. Mlmh, nanti ana pergi sana, agak2nya musim apa ye?

M.Hayati:Klu bln sembilan tu tgh pertukaran utk ke musim sejuk.

Ana:Hm(macam seronok je)

M.Hayati: Ada jugaklah dalam seminggu mlmh tak mandi masa musim sejuk! Awak rasalah sendiri nanti.

Ana:Hihi

Habis semua2 dlm pukul 3.10.... Nanti nak sambung lagi. Hari lain pulak. InsyaAllah. Jumpa lagi muallimaaaaaaaaah. Arios! Mata Ne ^_^

6 comments:

bi'ah said...

salam..a'ah mcm 'U' kakak ana,x leh pakai bj kurung nanti jd fitnah ..jd boleh pakai jubah je memanjang..blk baru pakai bj krg..

Petualang said...

To ~bi'ah s0lehah
Waalaikumussalam w.b.t
Eh, U kakak nti tu zaman bila punya? Zaman sekarang nipun ada lg ke macam tu? Harap2nya, kat Mesir dah tak camtulah. Amin~

Khaleefah Allah ^_^ said...

Hari tu, kami belajar pasal teknologi masa bahasa arab. Mlmh pun katalah, Kan sng kalau awk bljr gne nternet je, tak yah gi skolah. Nak bljr je, klik dkt mlmh Hayati..(wah, canggih tu)..tapi
Mlmh smbg lg, mesti tak de org nk tknnya...:D

Selamat belajar!

Petualang said...

To Khaleefah Allah

aLoHa!!!

Sape kata xde org nak tekan? Ana sanggup tekan pe!NgEe~ Eh2, tak2 ana serius ni. Ana memang sanggup tekan.
Ok, terima kasih. Kita sama2 belajarlah nampaknya...Hm, semoga berjaya ye utk kita.

Muhammad said...

Informatif. Syukran jazakillah.

Petualang said...

To Muhammad

Really? My pleasure~
'afwan..
Tp, info 10 years ago...
Mlmh kata mesti dah banyak yg berubah.