Pages

Wednesday, June 20, 2012

جيلنا (Our Generation) Jiiluna

Alhamdulillah, hari tu dekat Mesir, saya dapat jumpa dgn Ummie (nama manja), semua horang panggil dia ummie hokkay~ Wah, syoknye  dpt rasa mcm ada ramai anak, bukan sekadar anak sedarah sedaging kan, tp anak ukhuwwah islamiyyah. Anggun habis! Saya sallut!


Petangtu kami jumpa santai2 je, jumpa nak borak2 berisi, semua orang duduk atas lantai, ada yg bersimpuh, ada yg bersila, dgn gaya baju yang simple2, pastu kami pun berta'aruf lah dgn ummie yg terbang jauh dr Malaysia utk hantar anaknya belajar di mesir. Haybat! Ummie pun katalah, Ummie di perak memegang amanah utk menjaga urusan bait muslim perak.. Saya, "Ooo.., ok2, menarik!" hehe.

Salah satu perkongsian yg bg saya sangat menarik! Nak tahu happe die?? Ahah, Ummie ada kata, "Anak2 kita nanti, yg akan kita lahirkan nanti, sbnrnya mereka dah ada skrg ni, sdg bermain2 di taman2 syurga.."(waaaaaah, mata bersinar2) "Mereka sdg menunggu Allah memberi izin utk masuk ke alam rahim kita. Kalau kita nak cakap apa2 dgn mereka, mereka boleh dengar. Sbb tu kita  kena selalu doakan mereka." SO?? tunggu apa lagih? Jom doa's! keke. Ummie kata lagi, "Mereka akan happy sangat kalau kita cakap dgn mereka, sbb mereka akan rasa sangat dihargai.. seolah2 kita tak sabar2 nak jumpa mereka."

Sweeetnya, sweet tahap tujuh petala langit!

Hmm, comelkan? Lepas pd tu, saya pun cuba2lah bercakap dgn anak2 saya.. hehe.. saya bayangkan ada beberapa bidadari dan bidadara yg anggun dan bergaya.. sdg bermain2 bersama.. mereka kelihatan bahagia sgt.. Bercahayaaaa je muka. Subhanallah. Kadang2kan kalau mcm rasa penat balik kuliyah, sedih melihat masyarakat skrg dan mcm lagi2.. Saya datangkan bayangan tadi, saya kongsi dgn mereka, minta semangat mereka, pesan pd mereka jgn ulang kesalahan yg mama buat.. pastukan tiba2 hati jadi sejuuuk sangat. :') MasyaAllah.

Warkah buat semua bidadari dan bidadara mama dan papa wanna be, kekeke.. (siapakah orangnya?)

Bidadari2 dan bidadara2 yg kami sayangi dan rindui kerana Allah, inilah harapan kami utk antum,

Kami ingin melahirkan generasi al-Qur'an,
Rijal dan nisa' yang menghafal 30 juz al-Qur'an
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan pemanah
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan perenang
Rijal dan nisa' yang berbaris di dalam barisan penunggang kuda
(huhu, nak buat semua ni, mama papa kena ada banyak duit kut, doakan kami murah rezki ^^)
Rijal dan nisa' yang menguasai dan mencintai bahasa arab, bahasa syurga, bahasa terindah
Rijal dan nisa' yang menguasai ilmu metematika, sains, sejarah islam dan mengaitkan semua ilmu dgn kehebatan Allah.
Rijal dan nisa' yang akan bersama-sama kami membangkitkan semula sistem khilafah islamiyyah (turki uthmaniyyah) yang telah jatuh pd tahun 1924 masihi.
Rijal dan nisa' yang sentiasa mencari redha Allah.. yg sederhana dan berjiwa tenang. ^_^

Kalau anak2 ada kemahiran2 dan minat2 tambahan, kami tak akan halang.. selagi mana ia menyumbang kepada Islam ^^

Sekian.

Ya! Cita2 yang sangat besar. huooo. Holio punye!! Persediaan perlu bermula dr sekarang wahai diri. Dengan pengukuhan tarbiyyah dzatiyyah dan kharijiyyah yg mantap.
Dan impian hossem supersaiya hini perlu diperkuatkan dan dibayangkan setiap masa dan dipanjangkan di dalam doa. InsyaAllah. [adjust2 spek sikit]




Wednesday, June 6, 2012

Terbang!


Ya, tidak lama lagi dengan izin Allah saya akan terbang pulang ke tanah air tercinta- Malaysia. Kenapa saya kata tanah air tercinta? Ada apa cintakan Malaysia? Malaysia tu bukannya negara kelahiran para anbiya' pun! Apatah lagi negara turunnya al-qur'an. Jauh sekali!

Haip2! Saya kata saya cinta Malaysia sebab saya ikut sunnah Rasulullah s.a.w hokkay! Saya bangga sebab saya cinta negara saya!!! :D [Wah! Dengan yakin saya menyatakannya] Bukankah Rasulullah s.a.w. sangat merindui tanah airnya Mekah di waktu baginda berhijrah ke madinah? Sehingga baginda menghantar mata2 untuk melihat dan mendengar khabar dari Mekah? [sweetnya ^^]

Mohon doa kalian untuk penerusan kehidupan sebagai pelajar, daie, anak, 
adik dan kakak, sahabat  serta hamba yang sejati

Kepulangan kali ini BUKAN untuk rehat2, bukan untuk memuaskan nafsu makan dengan pelbagai menu makanan malaysia (baru insaf), bukan utk berfoya2 dengan kawan-kawan lama, bukan utk berlagak- konon pelajar oversea balik bercuti musim panas, bukan untuk menukar status (sbb saya memang dh lama bertukar status), bukan untuk menghabiskan duit mak ayah, bukan untuk show off kat semua orang yang..


"Aku dah berubaaah!!!"  or bla-bla-bla
TAKDE GUNALAH HEY SEMUA TU

Tapi kepulangan kali ini adalah untuk beramal dengan teori Dakwah dan Tarbiyyah Bumi al-BannaAdalah untuk melihat samaada saya menjadi orang yang berjaya atau orang yang g-a-g-a-l dalam menguruskan time-line kehidupan saya! (selagi nyawa dikandung badan)

Allah Allah.. Gatal otak!!! Berat kut!
Beban dah terasa menghempap satu kepala 


Hambek nih ayat Chenta Allah! Memang betul2 buat saya rasa HOSSEM! 

Katakanlah, "inilah jalanku, aku dan orang2 yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak t'masuk orang2 musyrik" (yusuf 12:108)

Jom sama2 merasakan kepentingan dan kewajipan berdakwah. 
Hape benda dakwah-dakwah ni? Tak paham aku! 
Bahasa mudahnya, dakwah ni ialah mengajak orang lain untuk buat benda baik bukan buat benda tak hellok. Buleh??? 

Anggunnya bila bersama Islam! 
Bila sama-sama dapat terbang masuk sorga!!!
InsyaAllah kheir! Ayuh terus maju dengan berstyle ;) [adjust2 spek sket]