Pages

Thursday, September 9, 2010

Bila Lebaran Tiba

Minal Aidil wal Faizin.
Takbir bergema di 1 Syawal,
Hati sebak atas kepergian Ramadhan
Dan kedatangan Syawal harus dirai tanda kemenangan.
Hari Raya tahun ini sekali lagi di Johor.
Antara yang turut memeriahkan rumah Atuk di Sungai Gatom, Labis ialah keluarga Ayah Uda, Cik Noi dan puterinya, Husnina  serta keluarga saya tercinta.
Semoga hari Raya kali ini adalah yg teristimewa dibandingkan dgn hari raya yg sebelumnya.
Kerana setelah ini, belum tentu dapat beraya lagi bersama mereka di tanah air sendiri.
7 hari coma yg berbaki utk saya m'habiskan masa bersama keluarga.
Karena insyaAllah, flight ke Mesir pd 19 September jam 1.30 pagi.
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Aamiin~

Foto bersama ahli keluarga tercinta


Amat terharu di pagi raya. Foto di atas ialah foto ana bersama satu2nya adik teruna ana, Dean Eiman. adik harapan kami (3 org kakaknya). Sebelumnya, kami sering tidak sependapat, sering gaduh, tp pd 1 Syawal, subhanallah, gak tw gi mana, tp kami cukup rapat. Masyaallah. Mungkin dia pingin meluangkan masa bersama kknya, since dia th yg kknya sudah tidak lama lg bersama dia.
Oh iya, dalam foto itu juga ana bersama sepupu ana, namanya Syarah Sabrina. Ana memanggilnya 'adik deer' adik rusa (atas permintaannya), dan adik deer pula memanggil ana 'kak hujan'(dia sendiri yg nak panggil macam tu) Lucu banget deh..he..he


Malam kedua syawal, malam tadilah, Dean telah memberi tazkirah dalam lingkungan keluarga kami, tajuknya SYUKUR. Syukur atas nikmat Iman dan Islam, dll. MasyaAllah, mulanya dia malu2, tp, alhamdulillah..akhirnya dia boleh juga. Semoga semakin Dean membesar Dean semakin matanglah ye, dan semoga Dean semakin 'alim. Aamiiin ya Robb~

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin



1 comment:

Khaleefah Allah ^_^ said...

Lawa baju...hehehe..
Salam Aidilfitri. Minal Aidin Wal Faizin, kullu sanah wa antum bikhair..

...