Pages

Friday, March 22, 2013

Tsabat

Post terakhir blog ini, 20 jun 2012.
Kembali menulis, 23 Mac 2013
BismillAh..

Perkongsian ini adalah semata2 kerana Allah. Mengharap bumi Allah terus segar, dihidupkan dgn khulafa' yg tsabat. Yang tetap hatinya dengan prinsip Allahu Ghayatuna. Hati yang tajarrud dgn segala kemewahan dunia demi mencapai fokus di dalam setiap amal.

Kalau kita nak jadi tukang masak tersohor. Kita mesti kena tahu ciri2 apa yg perlu kita padankan dgn diri kita dan ciri2 apa yg perlu kita tolak jauh2. betulkan? Maka, begitu juga dengan tsabat ^_^

Sebenarnya, ada tiga sahaja sebab utk kita tidak tsabat. Ataupun SUSAH nak tsabat. Kecundang byk kali. Sikit2 futhur. Sikit2 lemah.

Semua point di bawah, diambil drpd hasil tadabbur surah Ali-Imran. Setiap satu point, ada dalilnya, blh tgk dlm bracket/kurungan.

1) الاختلاف وعدم الطاعة
wujud perbezaan dan mengelak drpd taat.
Cthnya: Kita memegang dgn fikrah yang sama. Melalui proses2 tarbiyyah yg sama. Tiba2 ada sorang nak buat kelainan. Analoginya, sekumpulan akhawat tgh solat berjemaah, tiba2 ada sorang makmum ni, dia berdiri kedepan satu langkah dlm sof. Pelik dr org lain. Agak2nya cantik tak sof tu? Berkaitan taat pula, maksudnya, selalu mengelak utk taat dgn perintah Allah. Cth lain, tak hormat mak ayah, tak hormat cikgu dan sebagainya.

(3:152)

2)المعاصى والذنوب
Kemaksiatan dan dosa.
Ya benar, kita du'at dan kita juga manusia. Punya nafsu yg mencintai keindahan dunia tetapi jgn jadikan itu alasan, kerana kita juga punya iman. Jika kuat iman, maka kuatlah benteng utk menghalang nafsu yg membuak2 itu. Syaitan kan dh janji nak bawa anak2 adam masuk neraka sekali ngan dia? Nak ke kita? Na'uzubillAh min dzalik. Sisters and Brothers, jangan kita selangi istighfar2 kita dengan jahiliyyah2 kita dengan dosa2 kita. Malulah kita mempermain2kan Maha Pengampun Allah. Ingatlah, Allah juga Maha Pemberi Azab. Kalau rasa lemah, kita jumpalah dengan ukhty2 kita ^^, mesti nanti deorg bg kata2 semangat, dan kuatkan kita utk mengadu semuanya pada Allah. Sweet kan? (>.<)

(3:155)

3)التعلق بالأشخاص
Kalau nak tsabat, jangan bergantung dengan manusia. Bergantunglah dengan Allah

(3:144)

Seterusnya, 4 amalan utk kita tsabat

1)اللجوء إلى الله
Menyelamatkan diri kepada Allah
(3:8,9,26,35) kisah Maryam
(3:38) Nabi Zakaria
(3:193-195)

2) العبادة
(3:191) This is the highest point of Ibadah. Kemuncak Ibadah. Tahap ahli ibadah Ulul Albaab.

Cth lain, Maryam r.a beliau ada tmpt solat khusus. Solat dlm mihrab. Ada tempat khas solat walaupun sibuk. Maksudnya, selagi mampu, kita persembahkan yg terbaik pd Allah semasa melakukan ibadah padaNya. Dari segala aspek. InsyaaAllah.

3) الدعوة إلى الله
(3:104 dan 110)
-Soleh wa Musleh
-Dakwah membuatkan kita jauh dr perkara yang lagha.
-Kita kena rasa 'Izzah dgn dakwah.
*Nanti InsyaaAllah, kalau Allah bg peluang, akan kongsikan pula tentang mengapa bila buat Dakwah, Allah janji Pahala yg besar? Special sgt ke Dakwah? ^^

4) الأخوة
Ukhuwwah

(3: 103 dan 105)
sebenarnya kalau tgk betul2 tafsir. Ayat 103 dan 105 mengapit ayat 104.
[103-104-105] yg mana bercakap tentang [ukhuwwah-dakwah-ukhuwwah] Subhanallah. Berseni susunan ayat2 Allah.

"Terikatnya hati & rohani dengan ikatan aqidah" -IHAB

Doakan moga kita semua terus tsabat. Believe to the power of Dua'.