Pages

Tuesday, August 3, 2010

Ana tidakkan pernah melupakan kalian

Buat ikhwah akhawat dari Indonesia khususnya dari IQRA', DARBI DAN ASY-SYIFA',
Ntum akan sentiasa di hati ana...Iy benar, jarak memisahkan kita, mungkin bertahun-tahun lamanya, namun begitu, semoga dengan sedikit kenangan yang telah kita cipta bersama(walaupun sedikit tetapi begitu bermakna buat diri ini) kita tidakkan pernah melupakan antara satu sama lain...Biarpun lautan luas memisahkan kita, biarpun daratan yang terhampar luas menjauhkan kita, biarpun padang pasir menjadi penghalang utk kita terus bersua, tapi jangan bimbang, jangan khawatir, kerana sesungguhnya kita akan sentiasa dekat apabila kita terus tsabat dengan jalan perjuangan ini dengan fikrah ini. Ingatlah dan bayangkanlah wajah2 sahabat kita di dalam doa rabithah kita.

Sincerely from me with true love,
Humaira' A.Malik

Luar Biasa Dhuha

Em,bila sebut pasal solat sunat Dhuha mesti dah ramai yang selalu dengar tentangnya kan? Tp berapa ramai je yang dah menjadikannya sebagai amal harian mereka...Ish, ish sayang kalau tak amalkan,bukannya lamapun ambil masa paling kuranglahkan 2 minit je...Betulx3!!!Meh nok cite ckit pasal solat sunat Dhuha ni...
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).


Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Ini dia kelebihan solat Dhuha:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)


يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

So tunggu apa lagi? Jom Solat Dhuha...Jom,jom,jom..jom solat Dhuha,ha,ha